Tuesday, 22 September 2015

Rindu



Aku duduk sendirian dan ditemani komputer ribaku sambil mengenangkan kisah lalu. Sungguh aku rindu. Aku tidak dapat menahan rasa ini. Rasa yang dulu penuh kebahagiaan, namun ia bertukar menjadi penderitaan selepas kau mengkhianati cinta yang aku berikan. Kepercayaan yang aku berikan, kau lakukan seperti mainan. Sungguh aku terluka. Dulunya kau yang beriya mahukan aku, kini kau yang beriya tinggalkan aku. Tinggalkan aku sendirian. Sedangkan, aku yang sentiasa ada bersama ketika susah dan senang yang kau hadapi. Aku sentiasa ada, sewaktu kau tidak memiliki apa-apa. Sungguh aku kecewa. Apa sebenarnya yang engkau mahukan, aku tidak tahu. Tapi yang aku tahu, aku tetap merindu. Merindu pada orang yang telah menyakiti aku. Merindu pada orang yang lukai hati aku. Merindu pada orang yang telah curang dengan aku. Puas diri ini memujuk hati, untuk apa merindu pada yang tak sudi. Tetapi hati ini tetap berdegil. Orang itu juga yang dirindui. Aku terfikir sejenak, apakah layak dirinya untuk dirindui?