Aku duduk sendirian dan ditemani komputer ribaku sambil mengenangkan kisah lalu. Sungguh aku rindu. Aku tidak dapat menahan rasa ini. Rasa yang dulu penuh kebahagiaan, namun ia bertukar menjadi penderitaan selepas kau mengkhianati cinta yang aku berikan. Kepercayaan yang aku berikan, kau lakukan seperti mainan. Sungguh aku terluka. Dulunya kau yang beriya mahukan aku, kini kau yang beriya tinggalkan aku. Tinggalkan aku sendirian. Sedangkan, aku yang sentiasa ada bersama ketika susah dan senang yang kau hadapi. Aku sentiasa ada, sewaktu kau tidak memiliki apa-apa. Sungguh aku kecewa. Apa sebenarnya yang engkau mahukan, aku tidak tahu. Tapi yang aku tahu, aku tetap merindu. Merindu pada orang yang telah menyakiti aku. Merindu pada orang yang lukai hati aku. Merindu pada orang yang telah curang dengan aku. Puas diri ini memujuk hati, untuk apa merindu pada yang tak sudi. Tetapi hati ini tetap berdegil. Orang itu juga yang dirindui. Aku terfikir sejenak, apakah layak dirinya untuk dirindui?
Tuesday, 22 September 2015
Tuesday, 15 September 2015
Taubat
kita terlalu leka dalam dunia yang sementara ini,
sehingga kita lupa akan kewujudanNya,
kewujudan yang mewujudkan kita,
ya, kewujudan Maha Pencipta.
kita terlalu memilih dunia yang sementara ini.
sehingga kita lupa akan syurga dan neraka,
sehingga tiada masa untuk mengumpul pahala,
tapi terlalu mudah untuk mengumpul dosa.
kita tidak dapat menjangka,
apa yang akan berlaku pada esok hari?
siapa yang akan bersama kita?
dimanakah tempat kita berada?
maka,
bertaubatlah,
insaflah wahai manusia.
manusia yang penuh dosa!
Monday, 14 September 2015
Dia tahu
Dia tahu segalanya,
tapi dia pilih untuk pura-pura,
pura-pura kuat,
pura-pura tabah.
Dia tahu apa yang terjadi,
tapi dia tidak terus melatah,
tapi menanti dengan sabar,
menunggu kebenaran darimu.
Dia tahu,
kamu sedang memainkan cintanya,
kamu curang dengan dia,
kamu khianati hati dia.
Dia tahu,
semua kebenaran yang menyakitkan itu,
kerana itu dia pilih untuk pura-pura,
agar dapat menutup apa yang dia rasa.
p/s : hargai dia, jikalau kamu sudah tidak menyayanginya. tinggalkan dia dengan cara yang baik. :)
Sunday, 13 September 2015
Fahamilah hati dia
Fahamilah hati dia,
dia tidak kuat,
hatinya terlalu lembut,
mudah tercalar walau sebutir kata.
Fahamilah hati dia,
tidak banyak yang dia pinta,
hanya masa,
masa untuk bersama.
Fahamilah hati dia,
dia tidak minta intan permata,
cukuplah sayang hingga hujung nyawa.
Subscribe to:
Posts (Atom)



